(Gambar diatas adalah tanah sekitar kawasan Mamut sebelum ia diterokai pada tahun 1963. Di sebelah belakang adalah Gunung
Kinabalu.)
MAMUT OH MAMUT
Gunung Kinabalu dekat dari Batu Dua
Jauhnya mata ku memandang
Begitulah indah dia pada suatu ketika
Disini terletak sebuah kampung
Disiring Kinabalu di Lembah Labuk
Nama asal Kampung Mamut
Jepun datang terokai hutan
Membuka tanah jadi lombong gergasi
Semua kayu bersih di tebang
Berpuluh tahun tembaga di gali
Akhirnya tetap di tutup jua.
Tinggal lubang besar menjadi musibah
KRONOLOGI
Pada Jun 1965, projek tersebut telah
dijalankan di Lembah Labuk . Kajian penerokaan geokimia awal telah disasarkan
kepada kawasan kawasan perhampiran Gunung Kinabalu dan penemuan mengesahkan
kawasan kawasan dekat Gunung Kinabalu memang mempunyai potensi tinggi atas
bijih bijih logam berhampiran Kampung Mamut.
Dari Januari ke Julai 1966, penerokaan Pit (kira-kira
160 tapak) dan cetek drill bit (30 baris, jumlah sambungan 700 m) telah
dijalankan oleh kerajaan Negeri Sabah dan pada bulan Ogos, OMRD menghantar satu
pasukan ke tapak itu untuk menjalankan kerja
penerokaan dengan dana daripada subsidi kerajaan Sabah.
Menjelang November Kerajaan Negeri Sabah
memutuskan untuk tender projek pembangunan lombong Mamut melalui tawaran
antarabangsa. Pembidaan adalah termasuk permit untuk memperoleh, penerokaan dan
diberi hak istimewa untuk perlombongan.
Dari bulan Disember 1967 hingga ke November
1969, OMRD mengesahkan bahawa terdapat deposit tinggi mineral seperti yang
dilaporkan. Pada bulan Mei 1969, syarikat tersebut menubuhkan satu anak
syarikat tempatan yang dikenali sebagai "OMRD-Sabah" untuk memperoleh
hak istimewa perlombongan di situ.
Pada bulan yang sama, berlaku beberapa
perubahan dalam Kerajaan persekutuan Malaysia. Tunku Abdul Rahman meletakkan
jawatan dan Perdana Menteri yang baru telah mengambil alih. Tun Abdul Razak
telah dipilih sebagai pengganti. Disebabkan perubahan politik dan dasar kerajaan persekutuan, ia telah memberi kesan kepada kerja-kerja pembangunan
lombong Mamut ketika itu.
Di bulan Disember 1969, Mamut Mine
Development Co., Ltd. (JMM), sebuah syarikat Jepun yang bertanggungjawab untuk
promosi pembangunan, dengan lapan syarikat yang lain telah ditubuhkan bagi
usaha untuk mewujudkan satu sistem kerjasama industri bagi Mamut untuk
pembangunkan lombong. Semasa itu kerajaan Negeri Sabah meluluskan "Lesen
Bersyarat" kepada syarikat tersebut bagi Hak Perlombongan dan seterusnya
kerja-kerja pembangunan lombong pun bermula.
Pada September 1971, satu jawatankuasa
gabungan kerajaan persekutuan Malaysia dengan Kerajaan Negeri Sabah telah
ditubuhkan untuk membincangkan syarat syarat khusus projek perlombongan itu.
Pada bulan Disember terdapat sedikit gangguan dan pembangunan dan
pembinaan kerja mengalami kelewatan
yang ketara, disebabkan oleh keputusan kerajaan.
Menjelang Februari 1973 Selepas rundingan yang hangat, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan seterusnya persetujuan itu
ditandatangani. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan OMRD itu telah dinamakan "Copper Development
Agreement ". Oleh demikan, kerja kerja pembangunan dan pembinaan loji disambung semula pada bulan
Ogos, selepas perjanjian resmi tersebut ditandatangani dengan sewajarnya.
Perjanjian hitam putih antara Kerajaan Malaysia dan OMRD
Aktiviti pembinaan loji lombong akhirnya diselesaikan pada Mei 1975 dan seterusnya Majlis Pembukaan pun telah diadakan dan permulaan operasi percubaan juga dijalankan pada bulan Mei yang sama. Operasi skala penuh lombong akhirnya bermula pada bulan Oktober dan menjelang bulan November, penghantaran pertama bijih tembaga telah diangkut keluar dari Mamut ke pelabuhan Usukan dan seterusnya dihantar ke negara Jepun untuk penapisan.
Penghantaran pertama bijih tembaga ke Jepun- November 1975