Saturday, 4 March 2017

Babad Perlombongan Tembaga Mamut, Ranau.

Tapak lombong asal di Kampung Mamut, Ranau sebelum  penerokaan pada tahun 1963

Gambaran Ringkas

Bagaimana ia bermula?

Sejarah pembangunan lombong Mamut dimulakan dengan mengguna dana khas Bangsa-Bangsa Bersatu oleh pasukan penerokaan untuk meneroka kawasan Mamut yang disasarkan pada Disember 1963 hingga ke 1965, di Ranau, Sabah. Hasil dari kajian PBB telah mendapati nilai-nilai tembaga yang sangat tinggi di kawasan tersebut termasuk logam logam lain di dalam tanah, sedimen sungai dan air sungai Mamut , Bambangan dan Lohan.

Dalam pertandingan tawaran yang sengit antara beberapa negara, Jepun Union, yang diwakili oleh (OMRD) telah memenangi tender tersebut dan ia diberi permit untuk penerokaan lanjut ke atas tanah sekitar Mamut dan seterusnya diberi kebenaran untuk melombong logam2 yang tertakluk dalam perjanjian antara kerajaan Negeri Sabah dan OMRD.

Pada masa penerokaan ,15,620 meter mendalam telah digali dan didapati rizab bijih mineral diamati berhampiran 100 juta tan. Dalam rizab yang tinggi itu, hampir 80% adalah gred tinggi tembaga. Yang lain adalah bijih-bijih perak dan emas.

Justeru itu, perlombongan dengan secara resmi bermula oleh OMRD pada tahun 1970. Selepas tempoh 5 tahun beroperasi, pada November 1975, penghantaran sulung bijih tembaga telah diangkut ke jeti Usukan dan seterusnya dihantar keluar ke Jepun untuk penapisan di negara tersebut.
(Gambar diatas adalah tanah sekitar kawasan Mamut sebelum ia diterokai pada tahun 1963. Di sebelah belakang adalah Gunung Kinabalu.)
MAMUT OH MAMUT

Gunung Kinabalu dekat dari Batu Dua
Jauhnya mata ku memandang
Begitulah indah dia pada suatu ketika

Disini terletak sebuah kampung
Disiring Kinabalu di Lembah Labuk
Nama asal Kampung Mamut

Jepun datang terokai hutan
Membuka tanah jadi lombong gergasi
Semua kayu bersih di tebang

Berpuluh tahun tembaga di gali
Akhirnya tetap di tutup jua.

Tinggal lubang besar menjadi musibah


KRONOLOGI



Pada Jun 1965, projek tersebut telah dijalankan di Lembah Labuk . Kajian penerokaan geokimia awal telah disasarkan kepada kawasan kawasan perhampiran Gunung Kinabalu dan penemuan mengesahkan kawasan kawasan dekat Gunung Kinabalu memang mempunyai potensi tinggi atas bijih bijih logam berhampiran Kampung Mamut.

Dari Januari ke Julai 1966, penerokaan Pit (kira-kira 160 tapak) dan cetek drill bit (30 baris, jumlah sambungan 700 m) telah dijalankan oleh kerajaan Negeri Sabah dan pada bulan Ogos, OMRD menghantar satu pasukan ke tapak itu untuk menjalankan kerja  penerokaan dengan dana daripada subsidi kerajaan Sabah.

Menjelang November Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk tender projek pembangunan lombong Mamut melalui tawaran antarabangsa. Pembidaan adalah termasuk permit untuk memperoleh, penerokaan dan diberi hak istimewa untuk perlombongan.

Dari bulan Disember 1967 hingga ke November 1969, OMRD mengesahkan bahawa terdapat deposit tinggi mineral seperti yang dilaporkan. Pada bulan Mei 1969, syarikat tersebut menubuhkan satu anak syarikat tempatan yang dikenali sebagai "OMRD-Sabah" untuk memperoleh hak istimewa perlombongan di situ.

Pada bulan yang sama, berlaku beberapa perubahan dalam Kerajaan persekutuan Malaysia. Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan dan Perdana Menteri yang baru telah mengambil alih. Tun Abdul Razak telah dipilih sebagai pengganti. Disebabkan perubahan politik dan  dasar kerajaan persekutuan, ia telah  memberi kesan kepada kerja-kerja pembangunan lombong Mamut ketika itu.

Di bulan Disember 1969, Mamut Mine Development Co., Ltd. (JMM), sebuah syarikat Jepun yang bertanggungjawab untuk promosi pembangunan, dengan lapan syarikat yang lain telah ditubuhkan bagi usaha untuk mewujudkan satu sistem kerjasama industri bagi Mamut untuk pembangunkan lombong. Semasa itu kerajaan Negeri Sabah meluluskan "Lesen Bersyarat" kepada syarikat tersebut bagi Hak Perlombongan dan seterusnya kerja-kerja pembangunan lombong pun bermula.

Pada September 1971, satu jawatankuasa gabungan kerajaan persekutuan Malaysia dengan Kerajaan Negeri Sabah telah ditubuhkan untuk membincangkan syarat syarat khusus projek perlombongan itu. Pada bulan Disember terdapat sedikit gangguan dan pembangunan dan pembinaan   kerja mengalami kelewatan yang ketara, disebabkan oleh keputusan kerajaan.

Menjelang Februari 1973 Selepas rundingan yang hangat, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan seterusnya persetujuan itu ditandatangani. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan OMRD itu telah dinamakan "Copper Development Agreement ". Oleh demikan, kerja kerja pembangunan  dan pembinaan loji disambung semula pada bulan Ogos, selepas perjanjian resmi tersebut ditandatangani dengan sewajarnya.


Perjanjian hitam putih antara Kerajaan Malaysia dan OMRD

Aktiviti pembinaan loji lombong akhirnya diselesaikan pada Mei 1975 dan seterusnya Majlis Pembukaan pun telah diadakan dan permulaan operasi percubaan juga dijalankan pada bulan Mei yang sama. Operasi skala penuh lombong akhirnya bermula pada bulan Oktober dan menjelang bulan November, penghantaran pertama bijih tembaga telah  diangkut keluar dari Mamut ke pelabuhan Usukan dan seterusnya dihantar ke negara Jepun untuk penapisan.

Penghantaran pertama bijih tembaga  ke Jepun- November 1975